Followers

Monday, 28 May 2012

Situasi 41: Daftar Istilah

Pejam celik-pejam celik sudah sampai ke minggu 14. Mulai minggu hadapan, minggu peperiksaan akan bermula. Jadi, masing-masing akan bertungkus-lumus mengulang kaji pelajaran. Bagi entri kali ini saya bukan ingin bercerita tentang peperiksaan, tetapi saya ingin berkongsi tentang daftar-daftar istilah dalam Sosiolinguistik. Terdapat banyak istilah-istilah atau perkataan yang digunakan dalam ilmu sosiolinguistik. Di sini saya akan menyenaraikan beberapa istilah ya g lazimnya digunakan dalam ilmu sosiolinguistik, iaitu:
  1. Sosiolinguistik: bidang yang menkaji hubungan antara bahasa dengan masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut.
  2. Bilingual: kemampuan seseorang menggunan dua bahasa atau lebih.
  3. Bilingualisme: Penutur dwibahasa atau lebih daripada satu bahasa.
  4. Multilingual: Masyarakat yang menggunakan lebih darupada satu bahasa apabila berkomunikasi sesama anggota masyarakat.
  5. Multilingualisme: Berbilang dan berbagai-bagai serta kepalbagaian pengguanaan bahasa atau aneka bahasa.
  6. Kesantuanan Berbahasa: Tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa.
  7. Alih Kod: Peralihan atau penggantian pemakaian dua bahasa atau lebih.
  8. Pertukaran Kod: Penggunaan bahasa yang rapi dan terkawal.
  9. Percampuran Kod: percampuaran dua atau lebih bahasa atau ragam bahasa dalam pertuturan.
  10. Bahasa Pidgin: Bahasa pasar/ bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasai atao bahasa seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul.
  11. Bahasa Kreol: Merupakan keturunan daripada bahasa Pidgin yang menjadi bahasa ibu bagi sekelompok orang yang berasal dari latar belakan yang berbeza-beza.
  12. Bahasa Tidak Formal: Bahasa yang digunakan dalam situasi tidak rasmi seperti dalam perbualan sehari-harian; tidak mengambil kira sebuatan, intonasi, nahu serta pilihan perkataan.
  13. Alternasi: Rumus yang menerangkan tentang kaedah berkaitan dengan cara seseorang penutur berkomunikasi.
  14. Bahasa Inklusif: Bahasa yang ditempatkan di atas sesebuah bahasa atau beberapa jenis bahasa yang sedia ada.
  15. Bahasa Slanga: Bahasa yang dicirikan oleh kosa kata yang baru digubal dan sifatnya cepat berubah.
  16. Bahasa Arkaik: Bahasa kuno yang telah mati dan tidak berkembang lagi.
  17. Bahasa Eksklusif: Bahasa yang digunakan dalam kelompok tertentu sama ada dalam kelompok seperkerjaan, puak, etnik dan sebagainya.
  18. Ragam Bahasa: Jenis bahasa khas dalam ungkapan atau karangan. 
  19. Dialek Daerah: Bahasa yang dituturkan oleh kumpulan manusia dalam satu-satu kawasan geografi.
  20. Laras Bahasa: Kelainan bahasa yang memiliki ciri-ciri tertentu yang digunakan khusus dalam sesuatu bidang atau disiplin ilmu mengikut kesesuaian konteksnya atau situasi yang berbeza-beza menurut perkara atau tajuk pembicaraan, hubungan antara pembicara, dan situasi pembicara, waima secara lisan atau penulisan.

Friday, 4 May 2012

Situasi 40: Pantun Penyeri Majlis...



Peranan pantun sangat besar dalam masyarakat Melayu. Semua lapisan masyarakat terlibat dalam berpantun dan peranannya amat besar dan bermakna dalam berkomunikasi. Sesuai dengan peranan masyarakat Malaysia kini, pantun dicipta bersesuaian dengan tema sesuatu majlis dan khalayak, termasuk pengacaraan majlis. Dewasa ini, kebanyakan pengacara majlis menggunakan pantun untuk menyerikan suasana. Peranan pengacara majlis sangat besar, terutama pada peringkat permulaan. Menarik tumpuan khalayak kepada acara yang sedang dan akan berlangsung terletak di bahunya. Umpamanya, pantun yang berikut menggambarkan peranan itu:

Tidur sebantal lena berulit
               dibuai mimpi bersama puteri
Sekali sekala pantun diselit,
          Majlis tampak lebih berseri.

Ketika memulakan majlis, pantun digunakan sebagai penyeri kata pengacara. Pantun yang digunakan mesti sesuai dengan khalayak, disertai kesantunan dan kesopanan dalam berbahasa, dan berkait rapat dengan majlis yang dijalankan. 

Indah mentari terbit di kuala,
                     Tampak cahaya cerah berserakkan,
Sebelum majlis kita bermula,
       Bacaan doa kita mulakan.

Pengerusi majlis yang mengakhiri majlis dapat menggunakan pantun atau bahasa berirama sebagai penutup bicara dan untuk mengucapkan terima kasih kepada hadirin dan tetamu kehormat, serta memohon maaf seandainya terdapat sebarang kesilapan semasa pengendalian majlis.

Menitis embun mawar titipan,
                 Terbang hinggap si anak kumbang,
     Rasmilah sudah majlis penutupan,
         Segala ilmu agar dikembang,

Majlis kita berakhir di sini,
                        Sebarang kesilapan harap dimaafi,
          Segala kerjasama disanjung tinggi,
             Terima kasih sekalung budi,
               Kenangan nan indah simpanlah di hati,
           Semoga kita bertemu lagi.

Dalam majlis yang mempunyai dua taraf khalayak atau tetamu kehormat, misalnya tetamu Diraja, bahasa berirama dan pantun yang digunakan mestilah sesuai. Sebagai contoh:

Menjunjung kasih putera mahkota,
                   Mencemar duli bersama jelata.,
Sembah patik jari bersusun,
                Jari bersusun kasih berkuntum,
Kasih bersemi sesuci embun.

Nobat nafiri paluan irama,
                            Mengiringi paduka turun berangkat,
             Dirgahayu paduka selama-lamanya,
                       Raja berdaulat rakyat muafakat.

Ulasan: Demikianlah peranan pantun yang cukup besar peranannya dalam masyarakat Melayu. Namun begitu, kebanyakan masyarakat pada hari ini kurang mengamalkan budaya berpantun dalam kehidupan seharian mereka walaupun pantun ini merupakan tinggalan nenek moyang kita dahulu kala. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa, bahasa yang digunakan dalam sesebuah pantun begitu indah dan halus sekali, tetapi maksud yang disampaikan masih mampu difahami oleh semua peringkat golongan, tidak kira tua mahupun muda.

Thursday, 3 May 2012

Situasi 39: Menyapa atau Disapa...


Penutur X         :           Abang, bilik Dr.A dekat mana?
Penutur Y         :           Hadapan  makmal pediatrik, sebelah kanan yang paling hujung.

Dialog di atas merupakan dialog antara seorang orang awam dengan seorang pegawai kesihatan di salah sebuah hospital. Saya sempat mendengar perbualan singkat mereka yang kebetulan pada masa itu saya berada hampir dengan mereka. Menerusi perbualan mereka itu, saya mendapati bahawa adalah tidak wajar bagi seseorang memanggil abang kepada seseorang yang berpangkat pegawai. Mungkin orang awam itu tidak tahu tentang kata sapaan yang sewajarnya digunakan bagi merujuk orang yang berpangkat atau berkedudukan tinggi.

Kata sapaan atau rujukan hormat ialah kata yang digunakan untuk menyapa atau merujuk diri seseorang. Jenis perkataan atau rujukan yang akan digunakan adalah bergantung pada status atau kedudukan, pangkat, gelar dan usia seseorang yang disapa atau dirujuk.  Penggunaan perkataan ini perlulah tepat dan bersesuaian dengan orang yang disapa atau dirujuk itu, terutamanya dalam situasi rasmi. Penggunaan kata sapaan yang tidak tepat, terutamanya dalam komunikasi lisan dalam majlis rasmi, boleh menyinggung perasaan orang yang disapa.  Menurut Prof. Emeritus Abdullah Hassan, beliau menyatakan bahawa penggunaan bahasa Melayu didapati semakin tercemar apabila tabiat menggunakan kata nama “abang” sewenang-wenangnya sebagai panggilan dalam pertuturan harian. Perkembangan tersebut telah mewujudkan bahasa pasar baharu apabila masyarakat, khususnya golongan muda menggunakan “abang” untuk orang yang tidak dikenali. Katanya lagi, “Penggunaan bahasa ini adalah biadab kerana mengabang-abangkan, memakcik-makcikkan, ataupun mempakcik-pakcikkan orang yang tidak dikenali.” Perbuatan tersebut juga dianggapnya sebagai memalukan kerana bukan sahaja tidak menggunakan pemadanan tara dan adab berbahasa yang betul, bahkan menggambarkan sikap berbahasa yang tidak menghormati orang lain.

Sebenarnya, bahasa Melayu kaya dengan pelbagai kata sapaan dan rujukan yang berbeza daripada bahasa-bahasa lain dan setiap penuturnya mesti menguasainya dan menggunakannya dengan betul dalam konteks yang sesuai dengan teman bicara mereka. Penggunaan kata sapaan dan rujukan ini bukan sahaja berfungsi untuk menyapa atau merujuk seseorang tetapi mendukung fungsi memperlihatkan kesopanan penutur yang menggunakan bahasa tersebut.


Wednesday, 2 May 2012

Situasi 38: Janjang, Jenjang dan Jenjam...

Perkataan Janjang tergolong dalam jenis kata nama bahasa Melayu. Janjang ialah tangga. Perkataan lain sebagai pilihan untuk kata janjang ialah jenjang. Dalam teromba adat perpatih terdapat ungkapan yang berbunyi “Berjanjang naik, bertangga turun”. Maksud tersirat ungkapan ini ialah sesuatu kejadian yang menurut kedudukan atau menurut peraturan masing-masing. Peribahasa “tiada kayu janjang dikepil” pula mengandungi erti sesuatu hal yang tidak dapat ditangguhkan, jika tidak, akan mendatangkan malu. 

Kata lain yang seakan-akan sama bunyinya dengan jajang ialah jajan. Kata jajan bermaksud kuih atau penganan. Kata terbitan berjajan mendukung maksud beberapa makna, iaitu mengudap, yakni makan kuih di luar waktu makan. Makna berjajan yang kedua, membeli makanan (nasi, kuih-muih), manakala dalam konteks kiasan pula berjajan membawa maksud pergi ke tempat perempuan lacur; atau dengan kata lain bermain perempuan. 

Perkataan jenjang juga terdiri daripada kata nama. Kita sering menemukan ungkapan menaiki jenjang pelamin, maksud ungkapan ini ialah menaiki tangga pelamin atau dalam pengertian biasa adalah melangsungkan perkahwinan. Selain itu, jenjang juga mendukung maksud tahap atau tingkat-tingkat dari bawah ke atas. Contohnya:
  • Padi huma berjenjang-jenjang : menggambarkan petak tanaman padi (di bukit) yang kelihatan bertingkat-tingkat.
Makna lain kata jenjang berkaitan pula dengan leher. Leher yang jenjang menggambarkan leher seseorang itu panjang atau langsing. Satu lagi perkataan yang hamper bunyinya dengan jenjang ialah jenjam. Perkataan jenjam beerti tenang. Makna tenang yang tersirat dalam perkataan ini berkaitan dengan rasa hati. Jika dikatakan hatinya jenjam itu bermakna hatinya tenang. Jenjam juga bermaksud aman dan tenteram, tidak gelisah atau tidak rusuh. 

Ulasan: Demikian maksud perkataan yang hampir sama bunyinya, iaitu janjang, jenjang dan jenjam. Semoga kita dapat memahami setiap maksud perkataan yang dihuraikan ini dan dapat menggunakan perkataan tersebut dengan betul.

Tuesday, 1 May 2012

Situasi 37: Isteri Cakap Terbalik, Suami Dengar Pelik...



Pada suatu petang, si suami yang baru pulang dari kerja ingin memanjakan isterinya, “Jom kita keluar, malam ni kita makan di kedai.” Sambut isterinya, “Eh nasi banyak lagi tu bang, gulai pun ada lagi. Nanti membazir, siapa pula nak menghabiskan tu?” Kalau diikutkan jawapannya itu seolah-olah membantah cadangan suaminya itu, tetapi tindakannya berlainan. Si isteri masuk ke bilik terus menukar baju. Si suami faham sangat kalau mulut isteri membantah tetapi Nampak bergegas menukar baju, maknanya dia bersetujulah.
Setibanya di gerai “char kuew teow” yang biasa mereka singgah, si suami memesan ‘char kuew teow’ untuk dirinya. Lantas ditegur oleh si isteri “Ish abang ni, mintalah yang lain pula, mi atau bihun ke. Kan dulu dah makan char kuew teow ni”. Suami mula naik berang, “Menyusah saja fikir-fikir, abang tengah lapar ni. Awak nak yang lain, pesan saja la”. Muncung terus mulut si isteri mendengar arahan suaminya itu dan lantas memesan bihun sup untuk dirinya.
Sedang mereka menjamu selera, si isteri memecah kesunyian dengan bertanyakan satu soalan menjerat, “Sedapkah char kuew teow tu bang”. Sambil kepalanya masih tunduk menyedut lelehan kuah kuew teow itu, si suami membalas, “Sedap”. Terus melicinkan char kuew teow kegemarannya itu. Apabila isterinya melihat piring suami telah licin, dia menegur dengan nada yang kecewa, “Awak tu makan, bukan nak ingatkan saya”. Tergamam si suami mendengarnya terus membela diri, “Tadi tak cakap pun nak.” Sambut isterinya, “Dah cakap tadi, abang buat tak faham saja”. Dibalas suaminya untuk membela dan membenarkan dirinya, “Mana abang tahu awak nak rasa, kalau nak, pesan lagi satu”.
Mengapa perkara ini terjadi…???
Kebiasaannya, wanita apabila mereka berkomunikasi mereka menggunakan ungkapan yang tidak terus. Mereka menggunakan bahasa berlapik, maksud terbalik dan berpusing-pusing sebagaimana peribahasa Inggeris “beats around the bush”. Laporan Science Daily yang berjudul “Intelligence In Men And Woman Is A Gray And White Matter” mengatakan binaan otak wanita yang telah diprigramkan memiliki lebih ‘white matter’ yang bertugas menghubungkaitkan sesuatu perkara debgan perkara yang lain hingga menyebabkan mereka pakar menggunakan pendekatan ‘komunikasi-bahasa tidak terus ini. Bercakap adalah asas perhubungan yang utama bagi wanita. Mereka menggunakan pendekatan ini untuk membina jambatan perhubungan dengan orang lain untuk menggelakkan konfrontasi secara terbuka , bersopan santun dan berbudi bahasa.