Penutur
X : Abang, bilik Dr.A dekat mana?
Penutur
Y : Hadapan makmal
pediatrik, sebelah kanan yang paling hujung.
Dialog
di atas merupakan dialog antara seorang orang awam dengan seorang pegawai kesihatan
di salah sebuah hospital. Saya sempat mendengar perbualan singkat mereka yang
kebetulan pada masa itu saya berada hampir dengan mereka. Menerusi perbualan
mereka itu, saya mendapati bahawa adalah tidak wajar bagi seseorang memanggil
abang kepada seseorang yang berpangkat pegawai. Mungkin orang awam itu tidak
tahu tentang kata sapaan yang sewajarnya digunakan bagi merujuk orang yang
berpangkat atau berkedudukan tinggi.
Kata
sapaan atau rujukan hormat ialah kata yang digunakan untuk menyapa atau merujuk
diri seseorang. Jenis perkataan atau rujukan yang akan digunakan adalah
bergantung pada status atau kedudukan, pangkat, gelar dan usia seseorang yang
disapa atau dirujuk. Penggunaan
perkataan ini perlulah tepat dan bersesuaian dengan orang yang disapa atau
dirujuk itu, terutamanya dalam situasi rasmi. Penggunaan kata sapaan yang tidak
tepat, terutamanya dalam komunikasi lisan dalam majlis rasmi, boleh menyinggung
perasaan orang yang disapa. Menurut
Prof. Emeritus Abdullah Hassan, beliau menyatakan bahawa penggunaan bahasa
Melayu didapati semakin tercemar apabila tabiat menggunakan kata nama “abang”
sewenang-wenangnya sebagai panggilan dalam pertuturan harian. Perkembangan
tersebut telah mewujudkan bahasa pasar baharu apabila masyarakat, khususnya
golongan muda menggunakan “abang” untuk orang yang tidak dikenali. Katanya
lagi, “Penggunaan bahasa ini adalah biadab kerana mengabang-abangkan,
memakcik-makcikkan, ataupun mempakcik-pakcikkan orang yang tidak dikenali.”
Perbuatan tersebut juga dianggapnya sebagai memalukan kerana bukan sahaja tidak
menggunakan pemadanan tara dan adab berbahasa yang betul, bahkan menggambarkan
sikap berbahasa yang tidak menghormati orang lain.
Sebenarnya,
bahasa Melayu kaya dengan pelbagai kata sapaan dan rujukan yang berbeza
daripada bahasa-bahasa lain dan setiap penuturnya mesti menguasainya dan
menggunakannya dengan betul dalam konteks yang sesuai dengan teman bicara
mereka. Penggunaan kata sapaan dan rujukan ini bukan sahaja berfungsi untuk
menyapa atau merujuk seseorang tetapi mendukung fungsi memperlihatkan kesopanan
penutur yang menggunakan bahasa tersebut.
No comments:
Post a Comment