Pejam celik-pejam celik sudah sampai ke minggu 14. Mulai minggu hadapan, minggu peperiksaan akan bermula. Jadi, masing-masing akan bertungkus-lumus mengulang kaji pelajaran. Bagi entri kali ini saya bukan ingin bercerita tentang peperiksaan, tetapi saya ingin berkongsi tentang daftar-daftar istilah dalam Sosiolinguistik. Terdapat banyak istilah-istilah atau perkataan yang digunakan dalam ilmu sosiolinguistik. Di sini saya akan menyenaraikan beberapa istilah ya g lazimnya digunakan dalam ilmu sosiolinguistik, iaitu:
- Sosiolinguistik: bidang yang menkaji hubungan antara bahasa dengan masyarakat yang menggunakan bahasa tersebut.
- Bilingual: kemampuan seseorang menggunan dua bahasa atau lebih.
- Bilingualisme: Penutur dwibahasa atau lebih daripada satu bahasa.
- Multilingual: Masyarakat yang menggunakan lebih darupada satu bahasa apabila berkomunikasi sesama anggota masyarakat.
- Multilingualisme: Berbilang dan berbagai-bagai serta kepalbagaian pengguanaan bahasa atau aneka bahasa.
- Kesantuanan Berbahasa: Tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa.
- Alih Kod: Peralihan atau penggantian pemakaian dua bahasa atau lebih.
- Pertukaran Kod: Penggunaan bahasa yang rapi dan terkawal.
- Percampuran Kod: percampuaran dua atau lebih bahasa atau ragam bahasa dalam pertuturan.
- Bahasa Pidgin: Bahasa pasar/ bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasai atao bahasa seperti yang dituturkan oleh orang Melayu apabila bertutur dengan orang bukan Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul.
- Bahasa Kreol: Merupakan keturunan daripada bahasa Pidgin yang menjadi bahasa ibu bagi sekelompok orang yang berasal dari latar belakan yang berbeza-beza.
- Bahasa Tidak Formal: Bahasa yang digunakan dalam situasi tidak rasmi seperti dalam perbualan sehari-harian; tidak mengambil kira sebuatan, intonasi, nahu serta pilihan perkataan.
- Alternasi: Rumus yang menerangkan tentang kaedah berkaitan dengan cara seseorang penutur berkomunikasi.
- Bahasa Inklusif: Bahasa yang ditempatkan di atas sesebuah bahasa atau beberapa jenis bahasa yang sedia ada.
- Bahasa Slanga: Bahasa yang dicirikan oleh kosa kata yang baru digubal dan sifatnya cepat berubah.
- Bahasa Arkaik: Bahasa kuno yang telah mati dan tidak berkembang lagi.
- Bahasa Eksklusif: Bahasa yang digunakan dalam kelompok tertentu sama ada dalam kelompok seperkerjaan, puak, etnik dan sebagainya.
- Ragam Bahasa: Jenis bahasa khas dalam ungkapan atau karangan.
- Dialek Daerah: Bahasa yang dituturkan oleh kumpulan manusia dalam satu-satu kawasan geografi.
- Laras Bahasa: Kelainan bahasa yang memiliki ciri-ciri tertentu yang digunakan khusus dalam sesuatu bidang atau disiplin ilmu mengikut kesesuaian konteksnya atau situasi yang berbeza-beza menurut perkara atau tajuk pembicaraan, hubungan antara pembicara, dan situasi pembicara, waima secara lisan atau penulisan.