Bahasa mempunyai kaitannya dengan masyarakat, kebudayaan dan pemikiran penuturnya. Sekiranya diamati daripada pelbagai bentuk dan kaedah mengaturnya, budaya santun dan nilai kehidupan merupakan satu daripada bentuk ikatan antara bahasa, masyarakat, budaya dan pemikiran yang diwarisi daripada bahasa ibunda setiap penuturnya. Sebagai contoh, peribahasa Melayu, bidalan, perumpamaan, simpulan bahasa, ibarat, seloka, perbilangan, gurindam, tamsil, kata pujangga, pepatah dan hadis Melayu ini terbukti memancarkan nilai budaya bangsa Melayu dalam bahasanya.
PERIBAHASA
peribahasa bermaksud ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan tetap dan mengandugi pengertian tertentu.
- contoh : berpesan berturuti, harap percaya adanya tidak
-maksudnya : mempercayai sesuatu kepada seseorang tetapi tidak dengan sepenuh hati.
PERUMPAMAAN
peribahasa yangg berupa perbandingan dengan sesuatu yangg lain dan umumnya berisi pengajaran.
- contoh : bagai pinag dibelah dua
- maksud : pasangan pengantin yang sama cantik dan sama padan.
SIMPULAN BAHASA
ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna tertentu.
- contoh : angkat bakul
- maksud : suka memuji diri sendiri
BIDALAN
susunan kata(-kata) yang tertentu dan mempunyai erti yang khusus (biasanya berisi pengajaran, peringatan dsb)
- contoh : periuk berkerak. adat lesung berdedak
- maksud : jika inginkan kemewahan, haruslah berusaha bersungguh-sungguh
PERBILANGAN
peribahasa yang melahirkan kata-kata yang sudah menjadi seperti peraturan atau undang-undang atau nasihat yang dapat dijadikan pegangan.
- contoh :
Penakek pisau seraut
Ambil galah batang lintubong
Seludang ambil ke nyiru
Setitis jadikan laut
Sekepal jadikan gunung
Alam terkembang jadikan guru.
Ambil galah batang lintubong
Seludang ambil ke nyiru
Setitis jadikan laut
Sekepal jadikan gunung
Alam terkembang jadikan guru.
- maksud : memotivasikan supaya terus memajukan diri dan menuntut ilmu.
PEPATAH
peribahasa yang berisi nasihat, kata-kata orang tua-tua yang terdapat ajaran di dalamnya.
- contoh : bagai telur di hujung tanduk
- maksud :keadaan yang membimbangkan/terdesak
GURINDAM
sj bentuk puisi (terdiri daripada dua baris, berisi dengan berbagai-bagai pengajaran)
- contoh :Apabila banyak berkata-kata, di situlah banyak dusta
- maksud :apabila seseorang banyak bercakap, akhirnya banyak fitnah yang dikhabarkannya
SELOKA
puisi berangkap yg berisi ajaran (sindiran, jenaka dll).
- contoh : Seloka Malang Pak Kaduk
IBARAT
- contoh : ibarat bunga, segar dipakai, layu dibuang
- maksud :
HADIS MELAYU
- contoh :
- maksud :
KATA PUJANGGA
perkataan orang bijak pandai yg mengandungi pengertian yg tinggi;
- contoh : berani berkorban dan berubah, kejayaan adalah ganjarannya
- maksud :sekiranya seseorang itu berani berkorban dan berubah dalam melakukan sesuatu perkara, pasti akan mendapat kejayaan
TAMSIL
Contoh atau ajaran yang terkandung dalam sesebuah cerita.
- contoh : tua-tua keladi, makin tua makin menjadi
- maksud :
No comments:
Post a Comment