Bahasa
tersirat merupakan bahasa yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu
maksud tetapi tidak disampaikan secara terus. Cara penyampaian bahasa
ini juga lebih bersopan dan tidak menggunakan nada menyindir seperti
dalam bahasa sindiran. Bahasa tersirat juga digunakan untuk menyampaikan
maksud penolakan tetapi tidak disampaikan sehingga mengakitkan hati
penutur kedua. Selain itu, bahasa tersirat juga mengkehendaki penutur
kedua memahami maksud yang ingin disampaikan oleh penutur pertama.
Seandainya penutur kedua gagal memahami maksud penutur pertama yang
menggunakan bahasa tersirat, maka hal ini boleh menyebabkan salah faham
dalamm konteks komunikasi tersebut.
Contohnya, jika seorang ayah berkata kepada rombongan peminangan, “anak
saya baru sahaja habis belajar, belum pun dapat kerja lagi”, bukan
bermaksud beliau menyuruh rombongan itu datang semula selepas anaknya
mendapat pekerjaan. Sebenarnya, secara tersirat bermaksud, “aku rasa
anak aku tak sesuai kahwin dengan anak engkau”.
Contoh tersebut merupakan bahasa-bahasa tersirat yang sering digunakan
agar tidak melukakan hati pihak kedua. Bahasa-bahasa tersirat ini banyak
digunakan setiap hari, banyak didengari tetapi tidak difahami. Untuk
menjadi pendengar yang baik, seseorang perlu melatih diri untuk merenung
kata-kata orang lain. Hal ini penting supaya bahasa tersirat yang cuba
disampaikan dapat difahami dengan baik dan tidak disalah anggap.
No comments:
Post a Comment