Situasi 26: Fakta menarik tentang bahasa Melayu...
Terdapat lebih 6,000 bahasa yang masih diguna pakai di dunia, tetapi hanya 20 bahasa sahaja yang dikategori dan diberikan taraf bahasa rasmi.
Dalam konteks ini kita wajar berasa bangga kerana bahasa Melayu adalah salah satu daripada 20 bahasa itu dan menduduki tempat ke sepuluh dalam kategori bahasa popular penggunaannya di dunia.
Sekiranya digabungkan penggunaan bahasa Melayu dalam gugusan kepulauan Melayu Nusantara, jumlah penutur yang diperolehi adalah seramai kira-kira 300 juta orang.
Bahasa Melayu sebagai bahasa kelima terbesar dari segi jumlah penutur, dan ia juga diberi taraf bahasa keempat terbesar di dunia dari segi meluasnya penggunaan bahasa itu.
No comments:
Post a Comment