Dalam
usaha untuk berinteraksi, setiap masyarakat mempunyai beberapa norma atau
peraturan sosial bagi memastikan aspek kesantunan dan kesusilaan terpelihara.Hal
ini demikian kerana bahasa merupakan medium yang penting dalam perlakuan sosial
untuk menyampaikan kehendak, meminta sesuatu, atau hanya sekadar bertegur sapa
dalam kalangan anggota masyarakat. Penggunaan bahasa yang baik dan bersopan
santun dalam berkomunikasi secara tidak langsung dapat mengukuhkan perpaduan
rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik. Kerajaan Malaysia sendiri
menunjukkan keperihatinan yang tinggi terhadap amalan ini dengan melancarkan
Kempen Budi Bahasa dan nilai-nilai Murni pada Januari 2005 dan pelbagai program
disusun atur pada peringkat kebangsaan, negeri, mahupun pada peringkat sekolah
dan institusi pendidikan tinggi (IPT) demi memartabatkan kesantunan dalam
berbahasa. Walau bagaimanapun, dalam mengharungi era globalisasi ini nilai
murni yang telah dipusakai sejak turun-temurun semakin luntur. Penggunaan kata
yang dikaitkan dengan kesopanan berbahasa semakin tidak dititikberatkan.
Penutur-penutur bahasa Melayu, khususnya dalam kalangan remaja sudah mula
menampakkan sikap tidak mengendahkan penggunaan kata-kata yang dapat
menggambarkan kesopanan berbahasa.
Kata
“bahasa” mempunyai banyak makna. Bahasa bukan sekadar membawa maksud sistem
lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu
kelompok manusia dan antara individu dengan individu yang lain. Kata “bahasa”
juga merupakan simpulan bahasa yang membawa maksud “sopan santun”.
Jadi, membicarakan bahasa tanpa menyentuh aspek kesantunan bahasa sewajarnya
tidak harus berlaku, lebih-lebih lagi bahasa Melayu yang mempunyai falsafah
kesopanan yang tinggi yang didasarkan oleh falsafah budi dalam masyarakat
Melayu dan akidah Islam yang dianutinya.
Definisi
santun berbahasa, iaitu kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan
beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak
yang menjadi teman bicaranya.Di
sini saya akan terangkan tentang rumus yang berkaitan dengan santun berbahasa,
iaitu SIstem sapaan yang diperkenalkan oleh Ervin Tripp. Melalui sistem sapaan
ini, Ervin Tripp telah mengemukakan 3 rumus penting, iaitu:
- RUMUS ALTERNASIRumus ini menjelaskan bagaimana kita memilih salah satu daripada pasangan seperti kanak-kanak atau orang dewasa sama ada diketahui namanya atau tidak, bergelar atau tidak, tua atau muda, sama ada berpangkata atau tidak berpangkat dan mempunyai status yang menonjolkan atau tidak.
- RUMUS KEJADIAN
BERSAMAMerupakan rumus yang menerangkan tentang sesuatu rujukan kehormat yang disesuaikan dengan sesuatu kedudukan orang yang disapa. Menurut rumus ini, dalam bahasa Melayu, terdapat rujukan kehormat yang harus diguna pakai mengikut situasi mahupun tempat yang telah ditentukan atau dengan kata lain konvensional. Ia juga meliputi gelaran bagi pasangan rujukan kehormat tersebut
- RUMUS PERURUTANDalam rumus ini, Evin Tripp menjelaskan bahawa terdapat susunan kata-kata sapaan yang dimulai dengan rujukan kehormat kepada gelaran yang disandang dan selepas itu nama perinadi yang disapa. Gelaran yang dimiliki sekiranya lebih daripada satu perlu diatur dan disusun mengikut kaedah yamg lazim digunakan, misalnya seperti Yang BErbahagia Tan Sri Datuk Professor Dr. Ismail Faruqi.
Demikianlah
sedikit sebanyak kaitan rumus yamg diperkenalkan oleh Ervin Trip yang
bersangkut paut dengan kesantunan bahasa. Kesantunan bahasa seharusnya
dimanfaat dan diamalkan oleh si penutur kerana ia membawa norma-norma yang
positif serta menunjukkan bahawa bahasa itu mempunyai keindahan, turutan yang
sempurna dan juga menunjukkan situasi yang sopan ketika berbicara.
No comments:
Post a Comment