Kali
ini aku akan mengetengahkan isu lagu-lagu Melayu yang banyak
menggunakan bahasa rojak dalam lirik lagu yang dihasilkan. Ketika
mendengar lagu ini, aku merasa terpanggil untuk mengulas tentang lirik
atau bait-bait kata yang digunakan dalam lagu ini. Lagu Pulanglah
nyanyian Awie Rafael ini sememangnya cukup jelas memperlihatkan pengguaan
bahasa rojak dalam lirik lagu tersebut. Hal ini telah menunjukkan bahawa
dunia seni suara tanah air telah merosot nilai jati diri Melayunya.
Lirik lagu mula dirojakkan bahasanya atas alasan mahu memberi nilai
komersial yang lebih ke atas lagu yang dihasilkan.Penulis lirik
seharusnya lebih peka dalam kepentingan penggunaan bahasa yang betul
.Kedaulatan bahasa kebangsaan haruslah dikekalkan,bukan dicemarkan
dengan penggunaan bahasa rojak walaupun ada yang menganggap isu bahasa
rojak dalam penghasilan lagu adalah sebuah isu picisan yang tidak perlu
di ketengahkan.
Penggunaan
bahasa rojak dalam penulisan lirik lagu sudah menjadi budaya dalam
masyarakat di Malaysia. Sepatutnya perkara itu tidak patut atau tidak
boleh sama sekali berlaku kerana bahasa adalah salah satu unsur
pembentukan jati diri dalam diri setiap masyarakat di Malaysia. Jika
masyarakat sendiri tidak memartabatkannya, maka tidak mustahillah
masyarakat lain tidak akan menghormti bahasa kita.
Oleh
itu, percampuran lirik lagu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di dalam
industri muzik kita merupakan satu masalah yang perlu ditangani segera.
Hal ini kerana, bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara
Malaysia. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah memartabatkan
bahasa Melayu supaya tidak dicemari oleh bahasa asing. Lirik lagu juga
merupakan salah satu langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu kerana
lagu-lagu Melayu boleh didengar oleh semua peringkat umur
No comments:
Post a Comment