Bahasa Melayu sememangnya telah dinobatkan dan dimartabatkan dalam Perlembagaan. Oleh itu, ada pandangan yang mengatakan bahawa konsep MBIMBM (Memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Ingggeris) agak kurang tepat kerana dengan itu tiada apa-apa yang akan berlaku terhadap bahasa Melayu, tetapi bahasa Inggerislah yang akan bertambah kukuh. Oleh itu, sepatutnya bukan "Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris" tetapi lebih elok jika kita memakai slogan "Memperkukuhkan Bahasa Melayu dan Menguasai Bahasa Inggeris"
Dengan hal yang demikian, bahasa Melayu akan terus diperkukuhh dan bahasa Inggeris akan dikuasai dan tidaklah pula bahasa Inggeris itu yang sudah "kukuh" bertambah "kukuh" menguasai minda dan seluruh kehidupan rakyat Malaysia. Bahasa Melayu sepatutnya "merakyat" di negara ini sebagai jati diri dan citra negara yang mempunyai sejarah yang panjang semenjak abad ke tujuh Masihi dengan pengiriman utusan ke China untuk mempersembahkan hasil buminya kepada maharaja. Pendeta Cina, I-Tsing, mengatakan bahawa di Sriwijaya pada abad ketujuh Masihi, telah ada pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Melayu kuno sebagai bahasa pengantar.
*sekadar berkongsi pendapat...hehehe