Followers

Wednesday, 28 March 2012

Situasi 19: Bahasa Untuk Imigran

Di sesetengah negara maju, kemasukan pekerja asing akan dikenakan syarat yang ketat , termasuklah dari segi penguasaan bahasa rasmi negara berkenaan. Bagi meraka yang ingin berhijrah ke Perancis, terutamanya jika mereka kurang kemahiran yang sukar didapati. mereka mesti pergi ke pejabat konsulat Perancis di negara mereka untuk menyatakan tujuan mereka masuk ke negara itu. Jika mereka tidak bertutur dalam bahasa Perancis, peluang mereka tipis.

Di Malaysia, banyak orang begitu lantang bercakap tentang demokrasi, tetapi tidak bertutur dalam bahasa kebangsaan walaupun satu ayat! Kalau kita tidak mampu atau tidak mahu bertutur dalam bahasa kebangsaan, sesungguhnya kita tidak layak bercakap tentang demokrasi.

Melalui program pemutihan yang dilaksanakan oleh Jabatan Imigrisen Malaysia, dimaklumkan bahawa ada 3 juta orang pekerja asing di negara ini. Pastinya mereka gembira kerana di samping mereka bebas ke mana-mana sahaja mereka juga tiada keperluan bahasa yang dikuatkuasakan. Ada yang mempersoalkan kewajaran syarat penguasaan bahasa Melayu untuk memohon kerakyatan negara ini (dari segi bahasa, pekerja warganegara Indonesia dikecualikan).

Mungkin ada yang berhujah, jika dalam kalangan warganegara sendiri tidak bertutur dalam bahasa Melayu, apakah yang diharapkan daripada kaum imigran....??

No comments:

Post a Comment