Followers

Monday, 19 March 2012

Situasi 12: Memanfaatkan Bahasa, Ada Imbalannya...

Assalamualaikum,,,
Entri pada hari ini saya ingin berkongsi mengenai potensi yang bakal kita perolehi apabila kita menceburi bidang penulisan.

Bahasa dapat dijelmakan sebagi industri yang mampu menjanakan pendapatan yang lumayan jika kena dengan caranya. Namun hal ini hanya dapat dilakukan oleh pihak yang berkemahiran tinggi dalam bahasa Melayu. Antara usaha yang dapat mendatangkan hasil termasuklah bidang penulisan. 
Dalam bidang penulisan, terutamanya penulisan buku, ada penulis yang memperoleh pendapatan ratusan ribu ringgit. Dalam bidang iklan pula, kerja penulisan iklan juga dapat menghasilkan pendapatan yang lumayan. Selain bidang penulisan buku dan iklan, bidang penulisan lirik lagu atau skrip filem juga menjanjikan pendapatan yang agak lumayan jika kena pada caranya. Begitu juga penyuntingan, penterjemahan dan penganjuran kursus yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Industri yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu sememangnya berpotensi untuk menghasilkan wang sekiranya kena dengan caranya.

No comments:

Post a Comment