Followers

Thursday, 8 March 2012

Situasi 5: BAHASA SMS vs BAHASA STANDARD

Kehadiran gelombang baharu dalam medium komunikasi telah menghanyutkan bahasa komunikasi yang standard apabila bahasa SMS digunakan di seluruh dunia. Sistem mesej singkat (SMS) secara perlahan-lahan telah memberikan momentum kepada para pengguna dalam penghantaran mesej yang menjimatkan. 

Bahasa SMS didapati tidak mengikut peraturan tatabahasa Melayu standard. Hal ini kerana perkataan dalam bahasa SMS dieja dengan mudah dan pendek yang digunakan untuk berkomunikasi dengan orang yang menggunakan bahasa itu, terutama mereka yang mempunyai pemahaman tentang perkataan tersebut, khususnya golongan remaja. Antara ciri bahasa SMS ialah bahasa mesej yang pendek-pendek, bahasa yang tidak lengkap, menggunakan singkatan, bersifat tidak formal, tidak khusus serta bercampur aduk antara dialek, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Berikut merupakan contoh perkataan yang sering digunakan dalam SMS:

Bahasa Melayu Standard
Bahasa SMS
 nanti
 nnt/6t
 belum
 lom/blum
 pergi
 pegi
 beli
 beli/li
 sayang
 cyg/yunk
 assalamualaikum
 akum/askum
 sedikit
 cket

p/s: Perkara yang tidak dinafikan ialah daya kreatif diperlukan untuk mencipta bahasa SMS. Walaupun mencemarkan bahasa standard, bahasa SMS dapat digunakan dengan cara yang positif.

No comments:

Post a Comment