Kesantunan berbahasa merupakan satu aspek penting dalam komunikasi ialah kesantunan berbahasa. Masyarakat Malaysia, khasnya orang Melayu amat menekankan hal ini.
"Dan sederhanalah dalam perjalanan engkau dan lunakkanlah suara engkau.Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara himar (keldai)."
Terjemahan ayat al-Quran (Surah Luqman, ayat: 19) cukup menjelaskan betapa Islam menekankan betapa Islam menekankan kesantunan apabila bercakap dengan ungkapan "lunakkanlah suara" dan seterusnya menganalogikan jenis suara yang buruk itu seperti suara keldai.
Kesantunan dalam berbahasa amat penting, tidak kira di mana-mana seseorang individu itu berada. Setiap anggota masyarakat di dunia ini pasti menganggap kesantunan yang diamalkan mencerminkan budaya sesuatu masyarakat. Kesantunan dalam berbahasa penting kerana faktor hierarki sosial yang wujud dalam sesebuah masyarakat.
Jika dibandingkan bahasa kesantunan dahulu dengan yang sekarang, pastilah yang dirasai, keindahan bahasa dahulu amat ketara sekali. Sebaliknya, bahasa kesantunan hari ini lebih ringkas, tepat dan padat. misalnya dalam pantun serta syair.
Nilai kesantunan hari ini bukan sahaja terpancar melalui bahasa lisan dan bahasa tulisan, malah bentuk verbal, seperti bahasa badan, khususnya dalam majlis formal, iaitu etiket turut membawa nilai kesantunan dalam berbahasa. Sekiranya ketiga-tiga perkara ini digabungkan, pastilah nilai kesantunan yang wujud menjadi sebutan khalayak sebagai orang yang bijak bertutur, pandai mengambil hati, cakap beralas, gerak laku yang sopan dan sebagainya.
Kesimpulannya, kesantuan berbahasa seharusnya tidak diabaikan biarpun masa terus berubah dan zaman berganti zaman. Kepentingan aspek ini amat ditekankan dari saat seseorang individu mula memasuki zaman prasekolah sehinggalah dewasa. Malaysia telah cuba menanamkan pekerti yang baik ini dalam ikrar Rukun Negara yang kelima, iaitu kesopanan dan kesusilaan. Cuma, sejauh manakah diamalkan kesopanan dan kesusilaan? Tepuk dada tanyalah selera.
No comments:
Post a Comment