Followers

Friday, 16 March 2012

Situasi 11: Bahasa Komunikasi Iklan

Assalamualaikum...
Hari ini saya ingin berkongsi tentang bahasa komunikasi iklan. Umum mengetahui bahawa pengiklanan dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu bentuk pemberutahuan dan bentuk promosi produk. Matlamat utama ialah untuk menyampaikan maklumat secara berkesan dengan menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah supaya difahami oleh pembaca atau pendengar. Contohnya, pemberitahuan tantang tawaran tender, tawaran kerja atau suatu pengumuman.
Bagi iklan promosi produk pula, bahasa yang digunakan berbentuk pujian, malah boleh dikatakan rayuan secara halus. Hal ini dilakukan dengan memaparkan kebaikan dan kelebihan produk yang berkaitan supaya pengguna dapat mengubah fikiran dan seterusnya mencuba menggunakan produk yang diiklankan. 
Perlu ditegaskan bahawa bahasa yang disampaikan melalui komunikasi pengiklanan tidak terhad kepada tulisan, ungkapan mahupun ayat-ayat semata, malahan lebih luas daripada itu. 

Contoh terbaik ialah iklan jalur lebar P1 Wimax yang menggunakan satu patah perkataan sahaja, iaitu "POTONG!". Perkataan itu bermaksud seruan kepada pengguna supaya menghentikan perkhidmatan jalur lebar yang dimiliki syarikat lain. 

 

 



Selain itu, serbuk pencuci buatan Malaysia, BOOM pula menggunakan ungkapan "KUALITI HEBAT, EKSTRA JIMAT" yang memaparkan keunggulan cucuian menggunakan produk ini selain harganya yang berdaya saing dengan pesaingnya.  
 

Di samping itu, diva pop negara, iaitu Dato' Siti Nurhaliza Taruddin yang mengeluarkan produk kecantikan sulungnya, SIMPLY SITI telah menggunakan slogan, "RAHSIAKU KINI MILIKMU". 



p/s: Semakin tinggi pengaruh iklan, maka semakin tinggi tingkat keekspresifan bahasa yang dimanipulasikan. Penggunanan bahasa yang ringkas, menarik dan bergaya telah terbukti mengikat pengguna terhadap produk mereka, setidak-tidaknya percubaan buat kali pertama.

No comments:

Post a Comment