Followers

Thursday, 29 March 2012

Situasi 20: Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia...???

Bertuah dan beruntungnya kita menjadi warganegara Malaysia. Namun, satu perkara yang sepatutnya merunsingkan kita semua ialah isu bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan tegasnya bahasa Melayu. Tentang perkara paling asas, iaitu nama bahasa Melayu sahaja, kita sering berbolak-balik. Sekejap bahasa Melayu, sekejap bahasa Malaysia dan sekejap bahasa Melayu. Gunakanlah sahaja istilah yang benar, betul dan sah, iaitu "BAHASA MELAYU" (mengikut Perlembagaan Persekutuan).

Adakah kita berasa benci atau tidak selesa untuk belajar jika namanya bahasa Melayu, dan hanya akan suka dan selesa untuk belajar jika namanya bahasa Malaysia? Mugkin ada yang berkata ini perkara kecil. Jika kecil, mengapakah pula kita "bersusah-payah" untuk memberikan nama lain dan tidak betul pula? Sebenarnya, ada sesuatu pada nama. Nama ialah maruah. Oleh itu. semua rakyat MAlaysia patut berbangga dengan bahasa Melayu.


No comments:

Post a Comment