Followers

Wednesday, 14 March 2012

Situasi 9: Lirik Lagu

Untuk entri kali ini saya agak tertarik untuk berkongsi tentang lirik lagu. Maklumlah sejak akhir-akhir ini banyak rancangan realiti tv seperti Mentor, Akademi Fantasia, Vokal Bukan Sekadar Rupa dan sebagainya banyak ditayangkan di kaca televisyen dan termasuklah Anugerah Juara Lagu (AJL) yang dianjurkan oleh TV3 yang menampilkan artis-artis yang hebat dari segi vokal, persembahan dan lain-lain lagi.

Di sini, saya ingin kategorikan kriteria-kriteria penulis lirik lagu yang ada pada hari ini, pertama penulis lirik yang serius, iaitu yang ada latar belakang dan serba sedikit ilmu bahasa, misalnya, kumpulan KOPRATASA, M. Nasir, Ramli Sarip dan Allahyarham Loloq. Yang kedua pula ialah penulis lirik yang lebih mementingkan muzik atau melodi untuk tujuan komersil. Perlu disedari bahawa kebanyakan pemuzik pada masa kini lebih melihat bahawa lagu dan muzik mereka cenderung berperanan untuk menghibur semata-mata. 

Di sini saya ingin mengambil contoh lagu-lagu dalam Anugerah Juara Lagu TV3, terdapat banyak lagu yang matang dari segi gubahan liriknya walaupun tidak kesemuanya. Lirik-lirik lagu ini menggunakan bahasa Melayu yang tidak mengecewakan, misalnya lagu Awan Nano nyanyian  Hafiz AF7 yang telah dinobatkan sebagai Juara Lagu Ke-26 baru-baru ini.
Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
 Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

 Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
 Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
 Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
 Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
 Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
 Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

p/s: *Nano dalam dialek Terengganu bermaksud nakal/degil

No comments:

Post a Comment