Pada entri kali ini saya ingin menulis tentang bahasa Maori. Apabila menyebut New Zealand, kita tentu akan terfikir tentang ladang lembu susu friesian, burung kiwi, orang Maori dan pasukan ragbi All Blacks. All Blacks sering mempersembahkan tarian haka mereka yang cukup terkenal sebelum memulakan sesuatu pertandingan ragbi di peringkat antarabangsa.
Sedikit info mengenail tarian haka...Tarian Haka ialah tarian tradisional orang Maori yang ditarikan oleh kaum lelaki sebelum ke medan perang. Tarian itu mempunyai gerak tari yang unik dan menarik, iaitu menggerakkan badan secara agresif, menghentak kaki sambil memekik dengan kuat.
Bahasa Maori berasal daripada keluarga Austronesia yang mempunyai kaitan rapat dengan bahasa Marquesa di Pulau Marquesa. Bahasa Maori dikatakan dibawa ke New Zealand oleh orang Polinesia dari Pulau Marquesa. Bahasa Maori dituturkan di New Zealand. Sejarah perkembangan bahasa Maoriagak menarik. Bahasa itu merupakan bhasa yang berkuasa dan berpengarauh di Aoteara (daerah di New Zealand) pada tahun 1800. Bahasa Maori tidak mempunyai sistem tulisan yang khusus. Bahasa Maori dibahagikan kepada tiga dialek utama di beberapa buah bahagian utama di New Zealand. Dialek tersebut ialah dialek Pulau Timur Laut, dialek Pulau Barat Laut dan dialek Pulau Selatan. Dialek yang mewakili semua bahagian ini pula berbeza mengikut daerah dan wilayah. Perbezaanya adalah dalam bentuk penyebutan kata, tatabahasa dan simpulan bahasa.
Menjelang tahun 1980-an, pemimpin Maori mula menyedari bahaya dan ancaman kepupusan bahasa mereka. Oleh hal yang demikian, mereka mewujudkan program pemulihan bahasa Maori, seperti Gerakan Kohanga Reo. Gerakan ini mengambil pendekatan "melentur buluh biarlah dari rebungnya" dengan menberi fokus terhadap pengajaran dan pemelajaran bahasa Maori di peringkat sekolah rendah. Salah satu daripada program pemelajaran bahasa Maori di peringkat sekolah rendah ialah Kura Kaupapa.
Atas kesedaran itu juga, Minggu Bahasa Maori diwujudkan. Minggu bahasa Maori diadakan dari 26 Julai sehingga 1 Ogos pada setiap tahun.
Yang berikut merupakan contoh ungkapan dalam bahasa Maori dan padanannya dalam bahasa Melayu
BAHASA MAORI BAHASA MELAYU
haere mai selamat datang
e noho ra selamat tinggal
koa tolong
kia ora terima kasih
ae ya
kaore tidak
No comments:
Post a Comment