Assalamualaikum....
Hari ini aku ingin berkongsi tentang penggunaan bahasa dalam penulisan novel. Aku merupakan salah seorang peminat novel. Ketika waktu lapang, aku suka menghabiskan masa dengan membaca novel. Kebanyakan novel yang aku suka baca ialah novel yang berunsurkan percintaan. Antara pengarang novel yang aku minati ialah Aisya Sofea, Damya Hana, Norhayati Berahim, Fauziah Ashaari, Nisah Haron dan lain-lain.
Jika diteliti dan diperhalusi, penggunaan bahasa dalam kebanyakan novel yang berada di pasaran pada masa kini lazimnya menggunakan bahasa basahan. Hal ini demikian kerana, penggunaan bahasa basahan dapat memudahkan lagi para membaca menghayati apa yang ingin disampaikan oleh pengarang. Penggunaan bahasa basahan dalam novel digunakan kerana ia juga merupakan rentetan daripada percakapan atau perbualan yang digunakan dalam kehidupan seharian kita.
Di sini, aku sempat memetik kata-kata dalam novel yang telah aku baca,iaitu novel Cinta Kontrak karya Nurul Ain Syuhada, misalnya:
"Yang jerit-jerit kat telinga aku ni kenapa? Kau nikan kalau sehari suntuk tak sakitkan hati aku memang tak sah! Cicak kubin moden betul! Dulu cicak reti bunyi cak-cak je. Sekarang cicak dah baru! Boleh jerit panggil nama aku lagi. Kalau telinga aku ni pekak, jatuh la saham aku! Kau nak bertanggungjawab? Tak, kan? Nak bodek aku? Oiiiiiiiiiiii pak cik, aku tak makan rasuah tau.....
p/s: Ilham hadir kerana mereka,
kegigihan datang kerana usaha,
keyakinan muncul kerana Allah S.W.T
No comments:
Post a Comment