Followers

Monday, 5 March 2012

Situasi 2: Dialek o0..Dialek

Minggu ini merupakan minggu ketiga kuliah aku di UPSI. Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah memberi peluang kepada aku untuk menghadirkan diri ke kelas untuk mengikuti sesi pembelajaran. Ermm...seperti biasa aku akan ke kelas bersama-sama enam orang rakan baik ku. Dalam kalangan enam orang rakan baik ku ini masing-masing berasal dari negeri Terengganu (negeri kelahiran ku), Kelantan dan juga Johor. Kami kenal sejak dari tahun pertama kami menuntut di UPSI. 

Biasanya orang Kelantan dan Terengganu terkenal dengan dialek Pantai Timurnya dan tidak ketinggalan juga dengan penduduk di Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di daerah utara seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Di sini aku ingin berkongsi mengenai loghat Terengganu yang sememangnya agak sukar untuk difahami oleh sesetengah orang.
Loghat Terengganu terdiri daripada pelbagai jenis perkataan yang unik. Mari kita sama-sama menyelongkar beberapa perkataan yang terdapat dalam loghat Terengganu yang agak pelik bunyinya, misalnya
  1. dok rok cetong - tidak mampu, tidak boleh diharap
  2. gettok - jambatan
  3. ngate rawe - merata-rata
  4. anok wek - anak buah, anak kecil
  5. tembo - pulang
  6. batu bepang - batu-bata
  7. wat matnga - melakukan sesuatu dengan sambil lewa
  8. rohok - susah, sukar
  9. kenaling - rase hendak pitam
  10. supek reseng - beg plastik
  11. parok - teruk
  12. kelecak barat - terpelanting
  13. wat tubik - bawa keluar
  14. musing ketang - bepusing-pusing
  15. abih reng - melakukan sesuatu dengan sedaya-upaya
  16. nano - nakal


Terengganu Darul Iman

No comments:

Post a Comment