Hari ini aku ingin berkongsi tentang bahasa slanga. Umum mengetahui bahawa bahasa slanga merupakan bahasa yang sangat popular digunakan dalam kalangan remaja pada hari ini. Bahasa slangan bukan sahaja digunakan dalam percakapan tetapi juga dalam penulisan seperti komik, majalah serta novel. Secara ringkasnya, bahasa slanga terdiri daripada ungkapan yang sering digunakan dalam percakapan tidak rasmi yang menyimpang daripada hukum tatabahasa.
Antara contoh istilah-istilah bahasa slanga yang biasa digunakan pada masa kini ialah:
cam ner - macam mane
citer - cerita
nape - kenapa
dowhh - bodoh
amacam - macam mana
balak - teman lelaki
cun - cantik/lawa
kacang jer - sangat mudah/ sangat senang
tangkap cintan - jatuh cinta
Pengaruh bahasa slanga yang semakin berleluasa sangat membimbangkan. Oleh itu, penggunaan bahasa slanga yang berleluasa dalam kalangan remaja pada hari ini jika tidak dipantau dikhuatiri akan merencatkan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment