"ermmm...mamak, roti canai telur satu...taruk telur kasi besar punya.!!!". Ayat seperti itu sering kali kita dengar tatkala berkunjung ke restoran-restoran mahupun kedai-kedai mamak ketika memesan makanan antara pembeli berbangsa Melayu dengan penjual berbangsa India. Ketika itu, tanpa kita sedari kita turut mengubah cara percakapan sehingga struktur nahu bahasa Melayu menjadi salah. Perkara ini pada hakikatnya telah menjadi suatu kelaziman dalam kalangan masyarakat Melayu pada hari ini. Bimbang sekiranya hal ini berterusan dan seterusnya akan membantutkan usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah menggunakan bahasa Melayu yang betul apabila bercakap dengan sesiapa sahaja kerana bahasa itu melambangkan bangsa kita. BCB
No comments:
Post a Comment