BUDAYA MELAYU yang menjunjung tinggi kesantunan berbahasa menunjukkan kejernihan fikiran, ketinggian akhlak, dan akal budi. Korpus bahasa Melayu silam banyak menyelitkan peribahasa, pantun, dan cerita rakyat. Namun begitu, korpus yang paling kerap digunakan oleh masyarakat Melayu ialah peribahasa atau BAHASA KIASAN.
Daripada aspek politik pula, orang Melayu silam mem[unyai hubungan rapat dengan pemerintah sehingga lahir peribahasa "disuruh pergi, dipanggil datang" dan "bagaimana bunyi gendang,begitulah tarinya". Sekiranya raja berbuat zalim terhadap rakyat, rakyat bertegas "raja adil raja disembah, raza zalim raja disanggah".
Selain itu, pantun atau syair banyak mengandungi tabiat, fikiran dan perasaan Melayu. Pentun turut mencambahkan falsafah dan hikmat (ilmu, kebijaksanaan) selaras dengan tuntutan Islam. Antara contoh pantun yang berkaitan dengan Islam yang memberikan panduan kepada pasangan yang ingin memilih calon isteri, iaitu

Apa guna berkain batik,
Kalau tidak dengan sujinya.
Apa guna beristeri cantik,
Kalau tidak dengan budinya.
Kesimpulannya, kita berharap agar kajian semula dilakukan terhadap korpus bahasa Melayu yang tidak sesuai digunakan pada masa kini. Oleh itu bahasa kiasan baharu perlu dicipta dan dikumpulkan sebagai khazanah peradaban Melayu yang berharga.
No comments:
Post a Comment