Followers

Wednesday, 7 March 2012

Situasi 4: Bahasa Membentuk semangat Kenegaraan yang Berkesan

Setelah melalui 53 musim kemerdekaan, Malaysia sebagai negara yang utuh, harmonis dan berkembang maju dari sudut pembangunan fizikalnya dan mental, seharusnya menjadikan bahasa kebangsaan sebagai alat patriotisme dalam masyarakat berbilang agama, budaya dan adat resam kehidupan.
Melalui bahasa Melayulah lahirnya identiti bangsa serta jati diri rakyat sesebuah negara yang berdaulat sehingga mampu membina semangat kenegaraan yang berkobar-kobar tanpa mengira asal usul kaum mahupun keturunan.
Pelbagai akta bahasa telah diwujudkan bagi memperkasakan bahasa kebangsaan agar tidak mudah diselewengkan atau dipersendakan oleh mana-mana pihak. Tidak cukup dengan itu, berbagai-bagai jenis kempen dan cogan kata dilunakkan di cuping telinga masyarakat generasi alaf ini supaya memahami betapa pentingnya rakyat Malaysia mencintai bahasa ibundanya sendiri
Oleh itu, lahirlah kata keramat seperti "Cintailah Bahasa Kita" dan "Bahasa Jiwa Bangsa", sebagai wacana yang diharapkan dapat mendidik generasi supaya mencintai warisan tinggalan nenek moyang ini.


No comments:

Post a Comment