Followers

Tuesday, 6 March 2012

Situasi 3: Majikan dan Pekerja Asing

Pagi tadi sekitar jam 8.50 pagi aku dan kawan-kawan bergegas untuk ke kelas Teknologi, Pentaksiran Pendidikan atau lebih dikenali sebagai kelas KPD di Taman Bernam 13. Ketika aku berjalan-jalan di kaki lima deretan kedai berhampiran kelas, aku melewati sebuah kedai yang menawarkan perkhidmatan fotostat. Tauke kedai itu berbangsa Cina dan pekerjanya seorang wanita berbangsa Indonesia. Mereka sedang berbual-bual. Sempat juga aku memasang telinga mendengar perbualan di antara mereka berdua. Mari kita sama-sama ikuti perbualan mereka...

Tauke Cina : Mari ikut saya angkut itu balang di belakang.
Pekerja : Iya tokey..Asim mane tokey.  Tarak nampak pun?
Tauke Cina :  Itu Asim haa saya kasi dia cuti woo..dia tarak datang ini hari. Demam.
                       Lu kena kasi angkat balang ganti sama Asim. Mari ikut saya...

*balang - barang
*tarak - tidak
*kasi - bagi

Berdasarkan perbualan di atas, suka saya ingin kongsikan pandangan saya, iaitu walaupun mereka berlainan bangsa dan agama tetapi mereka masih menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Hal ini kerana bahasa Melayu sememangnya bersifat universal (sejagat). Oleh itu, kita seharusnya berbangga dengan bahasa Melayu dan berusaha sedaya upaya untuk memartabatkan bahasa Melayu di mata dunia.


No comments:

Post a Comment