Followers

Tuesday, 27 March 2012

Situasi 18: Laras Bahasa Umum...

Menurut Abdullah Hassan (1987: 1), bahasa mempunyai dua bentuk, iaitu lisan dan bukan lisan. Bagi aspek lisan, boleh dipecahkan kepada dua, iaitu pertuturan umum dan pertuturan rapi. Manakala tulisan pula terdiri daripada bahasa tulisan umum dan bahasa tulisan rapi. 

Bahasa tulisan umum ialah bahasa yang digunakan di dalam akhbar, majalah, iklan, surat-menyurat dan lain-lain. Manakala bahasa pertuturan umum pula merupakan pertuturan atau perbualan yang banyak mengandungi unsur basahan seperti kependekan,, penggunaan ganti nama yang kurang rasmi tetapi masih mengekalkan bentuk-bentuk hormat dan sopan. 

Antara ciri-ciri laras bahasa umum ialah:
  1. Mudah difahami 
  • laras bahasa umum bebas dan agak kurang terkawal daripada segi aspek tatabahasanya. Pengguguran subjek, pengguguran predikat dan kependekan ayat serta kependekan perkataan sering dilakukan sehingga terganggu sintaksis dan semanti ayat yang diucapkan.
  • contoh : Ayu p ke pasar raya mau beli  barang-barang dapur.
     2. Berunsurkan kemesraan
  • lebih berunsurkan kemesraan kerana di antara kedua-dua belah pihak penutur penggunaannya atau si penutur menggunakan namanya atau ganti nama diri pertama (saya, aku, mak cik, abang, adik dsb). Kadang-kadang juga menggunakan nama gelaran atau pangkat bagi pihak yang diajaknya bertutur, misalnya dato', pak cik, cikgu, tuan doktor, tuan pensyarah dan sebagainya. 
    3.   Menggugurkan Penggunaan Kata Sendi Nama
  • sering mengabaikan kata sendi nama seperti kata sendi nama dari, daripada, di, akan, sampai, sehingga, oleh, terhadap, dengan, seperti, umpama, demi, antara, untuk dan bagi. 
  • contoh : Adik jatuh gaung = adik jatuh ke dalam gaung
   4.  Menggunakan Ragam Bahasa Umum
  • menggunakan bahasa yang berbagai-bagai. Misalnya penggunaan ragam bahasa sindiran, ragam bahasa mengejek, ragam bahasa menggiat, ragam bahasa terbalik, ragam bahasa pertanyaan, ragam bahasa seruan, ragam bahasa berulang dan lain-lain lagi. 
  • contoh : lain kali buatlah lagi   (bahasa terbalik)
  •            : biarkan aku sendiri  (bahasa merajuk)
   5.  Menggunakan Imbuhan bahasa asing
  • Imbuhan bahasa asing yang biasa digunakan dalam laras bahasa Melayu umum ialah seperti imbuhan awalan bahasa Inggeris, iaitu pro, anti, poli, auto, supra, homo, infra, inter, miro dan sebagainya.
  6.   Menggunakan ayat pendek dan ringkas
  • lebih banyak menggunakan ayat-ayat yang pendek dan ringkas. Penggunaan berlapis, ayat-ayat kompleks dan ayat-ayat pancangan adalah kurang. Ini disebabkan penuturnya tidak gemar menggunakan ayat yang sukar dan panjang. 
  • Mengandungi banyak perkataan yang dipendekkan yang bertujuan untuk memudahkan penutur menggunakannya. 
  • contoh : Saya pergi ke pasar

No comments:

Post a Comment